Uncategorized

Sarjan Jenain Subi meninggal dunia

TOGEL88, SHAH ALAM : Anggota polis, Sarjan Jenain Subi, 58, yang dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, 10 tahun lalu, meninggal dunia semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata Allahyarham Jenain meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung jam 11.15 pagi di hadapan sebuah kedai serbaneka di Shah Alam ketika hendak membeli makanan kucing.

“Difahamkan, beliau jatuh di hadapan kedai berkenaan serta cuba untuk bangun sebelum tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.

Allahyarham kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, Allahyarham baru sahaja bersara pilihan minggu lalu dan masih menetap di kuaters polis di Seksyen 20, Shah Alam.

Sebelum bersara, beliau bertugas di bahagian pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Difahamkan, jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kapar, Klang, petang semalam.

Pada Disember 2012, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara jam 1.10 pagi dan jam 2 pagi pada 26 April 2010.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan Jenain terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September 2011.

Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta Proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.